Selasa, 25 Januari 2011

PINTU-PINTU MASJID BUDI BAITURRAHMAN

Setiap pintu masjid di Masjid Budi Baiturrahman dinamakan dengan tokoh-tokoh Mujahid Islam:

PINTU 01: ABU BAKAR ASSIDIK
-Sahabat pertama memeluk Islam di kalangan dewasa muslim
-Menemani dan melindungi Rasullulah SAW semasa hijrah ke Madinah
-Ramai tokoh-tokoh Islam yang memeluk agama Islam menerusi beliau.
-Zuhud dan terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan dermawan
-Lembut hati dan selalu menangis sewaktu membaca Al-Quran.

PINTU 02: UMAR AL KHATTAB
-Islamnya melalui doa khusus Rasullulah SAW
-Sentiasa bersama Rasullulah SAW dan pendapatnya selalu menepati wahyu Allah
-Terkenal zuhud, tegas dan sangat adil dalam pemerintahanya.
-Terbuka luas empayar Islam setelah jatuhnya kerajaan Rom dan Farsi di zaman pemerintahannya.
-Gugur syahid.

PINTU 03: OSMAN BIN AFFAAN
-Memeluk Islam melalui dakwah Saidina Abu Bakar
-Dua kali menjadi menantu Rasullulah SAW
-Membukukan AL Quran yang terkenal dengan Mashaf Othmaani.
-Kaya dan sangat pemurah
-Gugur syahid

PINTU 04: ALI BIN ABI TOLIB
-Orang pertama memeluk Islam di kalangan kanak-kanak
-Sumber gedung ilmu
-Tidur di tempat Rasullulah SAW semasa peristiwa hijrah
-Pahlawan terbilang semasa usia remaja
-Menantu Rasullulah SAW yang terkenal zuhud dan pemurah
-Gugur syahid

PINTU 05: AZZUBIIR BIN AL AWAAM
-Memeluk Islam melalui dakwah Saidina Abu Bakar.
-Antara panglima perang yang hebat semenjak remaja.
-Dapat menawan kota Babylon di Mesir dari tangan tentera Rom.
-Gugur syahid

PINTU 06: ABU UBAIDAH BIN AL JARRAAH
-Memeluk Islam melalui dakwah Saidina Abu Bakar
-Dua kali hijrah ke Habsyah
-Antara sahabat yang disayangi Rasullulah SAW
-Terkenal amanah dan zuhudnya.

PINTU 07: ABDURRAHMAN BIN AUFF
-Memeluk Islam melalui dakwah Saidina Abu bakar
-Pernah bersedekah unta sebanyak 500 ekor, 700 ekor dan 1500 ekor secara berasingan.
-Pernah bersedekah wang dinar sebanyak 40,000 dan 50,000 secara berasingan
-Dua kali hijrah ke Habsyah.

PINTU 08: SA'AD BIN ABI WAQQAAS
-Memeluk Islam melalui dakwah  Saidina Abu Bakar
-Salah seorang panglima perang yang terkenal dan ahli pemanah yang tepat.
-Sangat taqwa, doanya mustajab dan selalu menangis ketika mendengar khutbah Rasulullah SAW

PINTU 09: SA'ID BIN ZAID
-Memeluk Islam bersama-sama isterinya Fatimah, adik ipar kepada Umar Alkhataab
-Salah seorang Panglima perang yang terkenal
-Selalu bersama dengan Rasulullah
-Pernah dipukul sehingga berdarah kerana membawa Islam kepada Umar Alkhataab

PINTU 10: TALHAH BIN UBAIDILLAH
-Memeluk Islam melalui dakwah Saidina Abu Bakar
-Lebih 70 liang luka ditubuhnya semasa melindungi Rasulullah SAW ketika peperangan UHUD
-Kaya dan pemurah
-Gugur syahid semasa peperangan Al-Jamal

PINTU 11: ABDULLAH BIN AL'ABAAS
-Islam sejak kecil dan selalu bersama-sama dengan Rasululah SAW
-Luas pengetahuannya dalam ilmu mentafsir Al-quran
-Menjadi pakar rujuk kepada para sahabat
-Menjadi ahli mesyuarat dan mempunyai kedudukan tinggi bersama tokoh Islam lain di zaman Rasululah SAW sejak zaman remaja lagi.

PINTU 12: ABDULLAH BIN UMAR
-Luas ilmu pengetahuan sejak remaja lagi
-Sangat patuh kepada sunnah Rasululah SAW selalu duduk di tempat Rasulullah SAW duduk.
-Menjadi pakar rujuk di kalangan para sahabat.
-Zuhud dan pemurah

PINTU 13: KHIDIJAH ALKUBRA
-Yang pertama memeluk Islam
-Membantu seluruh perjuangan Rasulullah SAW dan semua hartanya dibelanjakan ke jalan Allah.
-Penasihat utama kepada Rasullullah SAW semasa orang kafir Quraisy menentang baginda
-Banyak berjasa kepada Rasulullah SAW pada zaman awal Islam.
-Meninggal dunia semasa dalam kepungan dan boikot oleh kafir Quraisy.

PINTU 14: AAISYAH ALHUMAIRAA
-Antara isteri yang banyak berjasa kepada Rasulullah SAW
-Banyak meriwayatkan hadith Rasulullah SAW
-Menjadi guru dan pakar kepada rasulullah
-Sangat mengambil berat kepada Rasulullah SAW

PINTU 15: FATIMAH AZZAHARA'
-Puteri bongsu kesayangan Rasulullah SAW
-Daripadanya lahir keturunan Rasullulah SAW
-Penyabar, pemurah, zuhud dan kuat beribadah.
-Seorang isteri yang sangat setia kepada suami.

Isnin, 24 Januari 2011

MAKLUMAT ASAS MASJID BAITURRAHMAN, MUKIM BUDI, BACHOK, KELANTAN.

Lokasi : Lot 953, Mukim Telok Mesira, Kampung Budi, 
             Jalan Tawang, Bachok,
             Kelantan.

Keluasan Tanah: 0.18966 hektar

Keluasan Pembinaan:
                         1.       2898     kaki per segi (Tingkat bawah)
                         2.       2600     kaki per segi (Tingkat Atas)

Kapasiti:       Dapat menampung sehingga 1000 jemaah

Senarai kampung di bawah Mukim Budi:
1.     Kampung Budi
2.     Kampung Baloh
3.     Kampung Gong Keranji
4.     Kampung Raja
5.     Kampung Kedondong
6.     Kampung Surau
7.     Kampung Mesira
8.     Kampung Jembal
9.     Kampung Tok Jawa

Bilangan keluarga : 476
Bilangan Penduduk : 2,220 orang

Pertukaran nama mukim daripada Telok Mesira kepada mukim Budi diperolehi melalui kebenaran MAIK dengan surat kebenaran D231/03/365/22(45) bertarikh 14 Muharram 1426 bersamaan  23hb. Februari 2005.

Pemilihan nama Baiturrahman adalah berasaskan fakta-fakta berikut:

1.Arrahman merupakan salah satu daripada nama agung daripada Asamaulhusna.

2. Terdapat dalam surah Al-Fatihah(umul Kitab) diulang bacaan sebanyak dua kali iaitu pada ayat pertama dan ayat ketiga.

3. Membaca dan melihat ayat berkenaan mendapat ganjaran pahala.

4. Setiap umat islam wajib membaca sebanyak 34 kali ketika sembahyang sehari semalam.

5. Arrahman ertinya Allah Maha Pemurah. Dengan sifat ini semua makhluk yang hidup dapat menikmati kemurahanNya itu.

6. Setiap kali memulakan pekerjaan disunatkan membaca Basmalah. Mendapat berkat dan memudahkan pekerjaan.

7. Nama seorang sahabat yang sangat kaya dan sangat pemurah.Antara 10 sahabat yang digembirakan syurga oleh baginda Rasululah SAW.

8. Di Mekah adanya Baitullah dengan sejarah yang sangat hebat. Di Acheh terdapat masjid Baiturrahman dengan sejarah yang luar biasa. Allah menunjukkan kehebatanNya hingga menggemparkan seluruh dunia. Allah Maha Agong, Maha Perkasa dan manusia tetap lemah. Dengan izin Allah nama Baiturrahman diabadikan kepada masjid ini.

9. melihat nama masjid ini, ingatlah kepada sejarah Tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004 iaitu semasa masjid ini masih dalam proses pembinaan (22 Mei 2003 hingga 18 Mei 2006).


SEJARAH PENUBUHAN MASJID BUDI BAITURRAHMAN

Masjid ini pada mulanya terletak di Kampong Telok Mesira. Ketika itu Imam Tua, Allahyarham Tuan Hj. Ismail, Imam Muda Allahyarham Hj.Ishak manakala bilalnya pula ialah Allahyarham Tn.Hj. Yusof Idris. Sekitar tahun 1950-an lokasi masjid ini telah dipindahkan ke lokasi sekarang. Pada masa itu, bangunan masjid adalah campuran kayu dan batu. Kerja pembinaanya adalah atas sumbangan kewangan yang didermakan oleh masyarakat setempat. Semasa itu, Masjid Budi diketuai oleh Imam Tua Tn.Hj. Abdullah Mamat, Bilal pula ialah Raja Hassan Raja Hussin manakala jawatan imam muda diambil alih oleh Ibrahim bin Abd. Latif.

Pada tahun 1996, Jawatan Imam Tua telah dijawat oleh Tn.Hj.Raja Sulaiman b. Raja Saleh, manakala jawatan imam muda telah dijawat oleh En.Azazis Awang selepas Raja Hassan Raja Husin kembali ke rahmahtullah. Manakala jawatan siak pula diwujudkan dengan melantik En. Che Ya bin Mamat.

Masjid Budi, yang kemudiannya mengalami proses transformasi apabila bangunan lama diganti dengan bangun an baru yang menelan belanja kos pembinaanya melebihi RM800,000.00. Kerajaan negeri Kelantan telah memberi sumbangan sebanyak RM70,000.00 dan Majlis Agama Islam Kelantan sebanyak RM 20,000.00. Selebihnya kos pembinaanya disumbangkan oleh orang ramai. Pada permulaan proses pembinaan masjid ini, kewangan yang ada hanyalah sebanyak RM60,000.00 sahaja. Namun dengan berkat usaha dan kerjasama AJK masjid ketika mengadakan pungutan derma sumbangan datang mencurah-curah, apa yang membanggakan ada dikalangan jemaah yang sanggup menderma barang kemas, wang kertas lama yang tinggi nilainya. Disamping itu ada juga yang mendermakan bahan-bahan binaan. Impaknya, turut menyentuh sanubari kalangan kanak-kanak apabila mereka turut menyumbangkan derma bagi merealisasikan pembinaan sebuah masjid yang kini tersergam indah di Mukim Budi dengan nama MASJID BAIURRAHMAN.