Isnin, 24 Januari 2011

SEJARAH PENUBUHAN MASJID BUDI BAITURRAHMAN

Masjid ini pada mulanya terletak di Kampong Telok Mesira. Ketika itu Imam Tua, Allahyarham Tuan Hj. Ismail, Imam Muda Allahyarham Hj.Ishak manakala bilalnya pula ialah Allahyarham Tn.Hj. Yusof Idris. Sekitar tahun 1950-an lokasi masjid ini telah dipindahkan ke lokasi sekarang. Pada masa itu, bangunan masjid adalah campuran kayu dan batu. Kerja pembinaanya adalah atas sumbangan kewangan yang didermakan oleh masyarakat setempat. Semasa itu, Masjid Budi diketuai oleh Imam Tua Tn.Hj. Abdullah Mamat, Bilal pula ialah Raja Hassan Raja Hussin manakala jawatan imam muda diambil alih oleh Ibrahim bin Abd. Latif.

Pada tahun 1996, Jawatan Imam Tua telah dijawat oleh Tn.Hj.Raja Sulaiman b. Raja Saleh, manakala jawatan imam muda telah dijawat oleh En.Azazis Awang selepas Raja Hassan Raja Husin kembali ke rahmahtullah. Manakala jawatan siak pula diwujudkan dengan melantik En. Che Ya bin Mamat.

Masjid Budi, yang kemudiannya mengalami proses transformasi apabila bangunan lama diganti dengan bangun an baru yang menelan belanja kos pembinaanya melebihi RM800,000.00. Kerajaan negeri Kelantan telah memberi sumbangan sebanyak RM70,000.00 dan Majlis Agama Islam Kelantan sebanyak RM 20,000.00. Selebihnya kos pembinaanya disumbangkan oleh orang ramai. Pada permulaan proses pembinaan masjid ini, kewangan yang ada hanyalah sebanyak RM60,000.00 sahaja. Namun dengan berkat usaha dan kerjasama AJK masjid ketika mengadakan pungutan derma sumbangan datang mencurah-curah, apa yang membanggakan ada dikalangan jemaah yang sanggup menderma barang kemas, wang kertas lama yang tinggi nilainya. Disamping itu ada juga yang mendermakan bahan-bahan binaan. Impaknya, turut menyentuh sanubari kalangan kanak-kanak apabila mereka turut menyumbangkan derma bagi merealisasikan pembinaan sebuah masjid yang kini tersergam indah di Mukim Budi dengan nama MASJID BAIURRAHMAN.

1 ulasan: